SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

  OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

4Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

4Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

4Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

4Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

4Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

PEDi Pekan Rumbia menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah : 

4Pengenalan asas komputer

4Asas Internet

4Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

4Desktop publishing seperti Microsoft Office

4Latihan keusahawanan

 

  JUMLAH KEAHLIAH :

PEDi Pekan Rumbia telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2015. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Pekan Rumbia bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

 Ahli Lama        798  
 Ahli Baru Bulan Ogos 2023  0
 Keseluruhan Ahli Pada Ogos 2023  798
 
 
  KENALI PETUGAS PEDi :
 
 Black and Orange Minimalist Meet The Team Instagram Post