Program Kesedaran MCMC yang dianjurkan oleh pihak SKMM bertempat di Padang Komuniti Taman Bandar Baharu, Masjid tanah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya sukaneka, permainan dalam talian, pameran agensi kerajaan & swasta, pemeriksaan kesihatan, gerai jualan dan banyak lagi. Selain itu juga, program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada penduduk setempat di mana aplikasi ini membolehkan penduduk setempat memeriksa kesihatan, membuat aduan, menghebahkan aktiviti-aktiviti setempat dan sebagainya.

Tarikh    : 28 November 2015

Masa     : 8.30 pg - 6.00 ptg

Tempat : Taman Bandar Baru, Masjid Tanah