Nama    :  Kharyati binti Hassan
Umur    :  40 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Kharyati merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan secara online produk kecantikan/kesihatan dan makanan seperti Salted Egg Paste. Beliau menawarkan khidmat COD di sekitar Melaka dan pengeposan untuk pelanggan yang membeli sebarang produk. Selain daripada itu, beliau turut menjual tauhu begedil dan kuih-muih sarapan di gerainya di kaki lima penjual Pekan Rumbia. Beliau menggunakan PIK sebagai tempat untuk mempromosi jualan di dalam media social dan menggunakan khidmat pencetakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Kharyati menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

     


Nama    :  Marini Binti Md. Sim
Umur    :  41 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Marini merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Kesemua anak-anak beliau merupakan ahli PIK dan merupakan pelajar tetap Kelas Mingguan di PIK. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuat kuih tart,suji dan kuih raya dari rumah untuk menjana pendapatan ketika negara dilanda pandemic Covid-19. Kini beliau semakin aktif mendapat tempahan dari komuniti sekitar terutamanya menjelang musim perayaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Marini menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

   


Nama    :  Muhammad Zaidi Bin Zakaria
Umur    :  35 Tahun 
Ahli     : 2020

Latar Belakang

Encik Zaidi merupakan salah seorang usahawan sambilan dan juga bekerja disalah sebuah syarikat swasta di Melaka. Beliau menjalankan perniagaan Charkueyteow ini bersama isterinya dan menyediakan perkhidmatan menghantar makanan tersebut di sekitar Rumbia dan Alor Gajah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Zaidi menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti Shopee dan MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

  


Nama    :  Marlis Darina Binti M.Zaidi
Umur    :  12 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Marlis Darina merupakan pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rumbia, Melaka. Beliau bersama ibubapa dan adik-beradiknya yang telah mendaftar keahlian pada awal tahun 2019. Beliau rajin dan sering menghadiri kelas, program dan pertandingan yang dijalankan di PIK Pekan Rumbia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Marlis tidak mempunyai ilmu asas pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dijalankan, Marlis dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word untuk membuat folio atau tugasan sekolah. Beliau juga rajin mengikuti setiap acara anjuran Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Program Lestari ICT dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyertai setiap pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mengarang Artikel, Mencipta Poster, Pertandingan Video Merdeka dan Pertandingan Video Kreatif 2021.


Nama    :  Ahmad Sallehudin Bin Sabtu
Umur    :  39 Tahun 
Ahli     : 2015

Latar Belakang

Encik Sallehudin merupakan seorang pengusaha Perniagaan Katering dan Tender Kantin/Dewan Asrama Sekolah di Melaka. Perniagaan tersebut diusahakan bersama isteri dan keluarganya. Selain itu, beliau juga aktif dalam menjual produk makanan tambahan kesihatan (weight loss) secara dalam talian untuk menambahkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Sallehudin menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti Shopee dan MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.