Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

 1.  Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan; 
 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/ merawat lepuh;
 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
 6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat!

Kesihatan memainkan peranan yang penting kerana individu yang sihat boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan Kerajaan Pusat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada setiap rakyat Malaysia, sentiasa memberikan tumpuan bagi memperbaharui teknologi agar perkhidmatan terkini dalam bidang perubatan dapat ditawarkan kepada warga Melaka. Sasaran Kerajaan Melaka adalah untuk memastikan perkhidmatan di hospital dan klinik negeri disediakan dengan teknologi dan peralatan tercanggih supaya perkhidmatan kesihatan di Melaka dapat diiktiraf sebagai antara yang terbaik di negara dan setaraf dengan negara-negara maju.

 

MATLAMAT

> Mewujudkan sebuah kampung yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dijauhi dari  jangkitan penyakit.

TUJUAN

> Memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan persekitaran.

> Mengekalkan sikap suka tolong menolong diantara satu sama lain. Sikap ini boleh di terapkan melalui     aktiviti gotong royong membersihkan kampung dan sebagainya.

> Memastikan penduduk kampung dalam keadaan sihat dengan mengurangkan risiko jangkitan penyakit     melalui pencegahan pada peringkat awal.

 

Antara Klinik atau Pusat Kesihatan yang terdapat berhampiran dengan Pekan Rumbia ialah :

 

1) Klinik Desa Rembia

Alamat : 205,Tmn.Bukit Rembia Alor Gajah, 78000 Alor Gajah Melaka
No Tel  : 06-3162516

 

2) Klinik Desa Sungai Petai

Alamat : Klinik Desa Sungai Petai Alor Gajah, 78000 Alor Gajah Melaka
No Tel  : 06-5563168

 

3) Hospital Alor Gajah

Alamat : Hospital Alor Gajah Alor Gajah, Melaka 78000 Alor Gajah Melaka
No Tel  : 06-5562333

 * Sumber dari Web Kementerian Kesihatan Malaysia (http://www2.moh.gov.my/)

 

 

Senarai Pejabat Kesihatan yang berada di daerah Alor Gajah

 

1.  Jabatan Pesakit Luar Alor Gajah 
No. Tel : 06-5566235

2.  Klinik Kesihatan Masjid Tanah 
No. Tel : 06-3842533 
No.Faks : 06-3842985

3.  Klinik Kesihatan Lubok Cina 
No. Tel : 06-6966475

4.  Klinik Kesihatan Durian Tunggal 
No. Tel : 06-5531133 
No.Faks : 06-5534007

5.   Klinik Kesihatan Padang Sebang 
No. Tel : 06-5547932

6.   Klinik Kesihatan Simpang Empat 
No. Tel : 06-5529497

7.  Klinik Kesihatan Hutan Percha 
No. Tel : 06-5548224

8.   Klinik Kesihatan Machap Baru 
No. Tel : 06-5252333

9.  Klinik Kesihatan Kuala Sg Baru 
No. Tel : 06-3876333 
No.Faks : 06-3876233

 *Sumber dari Web Melaka Bebas Asap Rokok (http://www.mbar.gov.my/)