Tempat menarik di Alor Gajah

MACHAP WALK

machapwalk

Machap Baru terletak di kawasan bandar kecil di Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Machap Baru Melaka, bandar ini memegang tarikan membawa masuk terutamanya pelancong dari dalam Malaysia dan Singapura yang tidak sabar-sabar untuk mencuba hidangan makanan yang tidak dapat ditemui di tempat-tempat lain. Untuk makanan pelik, pelancong tertarik kepada haiwan eksotik yang disediakan oleh restoran-restoran di sekitar Machap Baru.

Sebuah bandar terpencil yang terletak 32km dari bandar Melaka, Machap Baru kini adalah bandar yang semakin meningkat dengan tarikan terbarunya, Machap Baru Street Walk yang beroperasi hanya pada hujung minggu di mana semua orang dapat menikmati kehidupan malam mereka meneroka jalan. Saingan kepada Jonker Street di Melaka, Chinatown, Machap Baru Street Walk menawarkan agak persamaan sama untuk Jonker Walk tetapi ia memegang kelebihan dalam makanan mereka manakala Jonker Street mengandungi unsur sejarah Melaka dan ia adalah pandangan yang bahawa pelancong menikmati penerokaan.

Variasi pilihan makanan , Machap Baru Street Walk menawarkan pelbagai jenis makanan seperti itik panggang , laksa , dim sum , sayap ayam , pengapit , kelapa ais krim, petai sambal dan banyak lagi. Sebagai contoh , ia menawarkan gabungan hidangan terkenal dari seluruh negeri di Malaysia ke dalam kawasan. Yang tidak boleh dilepaskan , anda akan mendapat untuk menyaksikan perpaduan setiap kaum dengan berjalan keseluruhan jalan yang menjadi simbol semangat 1 Malaysia.

                             
Destinasi pelancongan yang anda boleh lawati di Alor Gajah.

Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Rumbia terletak berhampiran dengan bandar Alor Gajah, jarak antara PI1M Pekan Rumbia ke bandar Alor Gajah adalah kira-kira dalam 7 KM. Banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yaang anda boleh lawati antaranya ialah : 

 

DATARAN KERIS, ALOR GAJAH

                                                

Bagi Masyarakat Alor Gajah, keris merupakan lambang kemegahan orang melayu terutamanya sewaktu Perang Naning. Oleh itu Replika Keris ini dijadikan identiti utama Daerah Alor Gajah. Replika Keris gergasi terletak di Dataran Keris manakala Replika Keris yang saiznya lebih kecil boleh didapati dibeberapa pintu masuk utama ke Daerah Alor Gajah iaitu di Simpang Empat, Simpang Ayer Keroh - Durian Tunggal dan Simpang Lubuk Cina.

Dataran Keris terletak di tengah bandar Alor GajahMelaka. Persekitarannya dulu merupakan suasana yang permai dan sunyi kini telah bertukar menjadi sebuah bandar yang sibuk dengan pembangunan. Di tengah dataran ini mempunyai sebuah replika keris yang besar.Namun Dataran Keris, Alor Gajah tetap menjadi tumpuan dan keutamaan orang ramai datang untuk beristirehat terutamanya pada hujung minggu dan waktu petang.

Dataran Keris, Alor Gajah juga sering menjadi tumpuan untuk majlis-majlis rasmi dan program-program kemasyarakatan. Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi kemudahan pengunjung, diantaranya adalah Pentas Terbuka, Bilik Persalinan, Taman Permainan Kanak-Kanak, Gerai, Tandas Awam.

Sila layari dan like Facebook page : https://www.facebook.com/pages/Dataran-Keris-Alor-Gajah/127901997297545

 

MUZIUM ADAT ALOR GAJAH

                                              Muzium Alor Gajah

Bahan-bahan pameran akan membantu pelawat-pelawat untuk mengembara ke masa silam dan membayangkan kisah-kisah yang menakjubkan di sebaliknya mengenai daerah Alor Gajah. Daerah ini merupakan tapak di mana Perang Naning berlaku di antara orang Melayu tempatan dengan pihak British. Muzium Alor Gajah menempatkan bahan-bahan pameran berkaitan dengan Perang Naning. Terdapat juga bahan-bahan pameran mengenai budaya-budaya Melayu, China dan India

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :

Tel                           : 606-282 6526 / 606-281 1289 / 606-2826645
Laman Web: http       : http://www.perzim.gov.my

 

BATU MEGALITH

Batu Megalith

Batu Megalith dipercayai merupakan kubur nenek moyang penduduk daerah Alor GajahMelaka. Terdapat hampir seratus kawasan pusara purba di sini yang dikenali sebagai "Megalith Datuk Tua". Salah satu kawasan purba yang telah dikenalpasti ialah di Kampung Cerana PutihSimpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Untuk mengetahui tempat - tempat menarik yang ada di Melaka, anda boleh melayari laman web yang tertera di bawah ini :

http://visitmymelaka.blogspot.com/2012/04/tempat-menarik-untuk-dilawati-di-melaka.html

http://sayangmelaka.blogspot.com/p/1.html

HOTEL REMBIA

                                           

Sebuah hotel budget yang terletak berhadapan dengan kilang AUO Sunpower di Rembia. Jarak dari hotel ini ke Bandar Melaka mengambil masa lebih kurang 30 - 40 minit. Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi :

Alamat  : SP 1201 Jalan Seri Pelangi 1, Taman Seri Pelangi Mukim Sg Petai Alor Gajah, 78000 Alor Gajah.

No Tel   : +606-316 2288

Website : http://hotelrembia.weebly.com/

 

A'FAMOSA RESORT

                                      afamosa

A' Famosa Resort ialah sebuah tempat pelancongan dan rekreasi di mana aktiviti di sini sesuai untuk beriadah bersama seisi keluarga. Lokasi A'Famosa ini terletak berhampiran dengan Plaza Tol Simpang Empat. Terdapat pelbagai jenis tarikan rekreasi di sini antaranya ialah Water Theme Park, Safari Wonderland, Old West dan Golf. Selain daripada itu, di A'Famosa Resort juga menyediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung dan pelancong yang ingin menginap di sini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi : 

Lokasi          : Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

No Tel          : 06-552 0888

Laman Web  : http://www.afamosa.com/

 

KOLAM AIR PANAS GADEK

                            

 

Nikmatilah air panas semulajadi di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadekyang terletak di antara jalan utama Alor Gajah - Tampin kira-kira 30 KM dari Pusat Bandaraya Melaka. Beroperasi 24 jam sehari. Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadekmelalui kajian saintifik dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif secara alami bagi merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan. Sumber air panas semulajadi disini mempunyai suhu purata 56 darjah celcius dan purata aliran 5.4 liter sesaat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari dan hubungi :

 

ALAMAT   :  Pusat Pelancongan Air Panas Gadek,
                    Lot 1221, Mukim Gadek,
                    78000 Alor Gajah,
                    Melaka.

TELEFON  :  06-5549584 (Kaunter 24 Jam)

                   06-5548542 (Pejabat)

                   06-5548543 (Faks)

EMAIL      : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

LAMAN WEB : http://airpanasgadek.blogspot.my/