Pada Cuti Sekolah Bulan Mac 2016 yang lepas, Pusat Internet telah menganjurkan kelas pembelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas pembelajaran tersebut merangkumi beberapa modul dan subjek, antaranya ialah Celik netbook, Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer, Klik Dengan Bijak, Kelas Insentif Mecipta Email & Karangan Bahasa Inggeris dan Kelas Suntingan Imej menggunakan Photoscape. Kelas ini bertujuan supaya pelajar-pelajar tersebut dapat memanfaatkan cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang dunia ICT.

Tarikh : 14 - 20 Mac 2016

Masa : 11.00 am - 1.00 pm