Tarikh  :    2 Februari 2018 
Masa :    9.00 pagi - 12.30 tengahari 
Tempat  :    PI Pekan Rumbia 
Peserta  :    8 orang  

 

Tujuan

Program "KAMPUNG By GDEX" ini adalah program usahasama diantara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM), GD Express Sdn Bhd (GDEX) dan juga Pusat Internet (PI) bertujuan untuk mempromosi dan merangsang aktiviti e-dagang di kawasan luar bandar. Secara dasarnya, program ini membantu memudahkan penduduk atau komuniti yang menjalankan perniagaan atau industri kecil dan sederhana dari segi urusan logistik, dimana kami menawarkan perkhidmatan penghantaran secara cepat, termasuk menyediakan sampuk produk khas, "KAMPUNG By GDEX" yang hanya boleh di dapati di Pusat Internet (PI) sahaja. PI terpilih telah dilantik untuk menjadi Pusat Jualan GDEX ataupun "GDEX Reseller Agency". Program ini dihadiri oleh wakil setiap PI terpilih iaitu PI Pekan Rumbia, PI Taman Kelemak Jaya, PI Taman Murai Jaya, PI Taman Angkasa Nuri, PI Taman Bandar Baru, PI Taman Seri Lubuk Redan, PI Pekan Tampin dan wakil dari GDEX.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat secara oleh Puan Marmizahsalwa Ahmad Tarmizi, COO Office (Special Project Manager) secara teori dan kemudian peralatan seperti penimbang, plastik pengeposan dan lain-lain keperluan di berikan kepada setiap PI. Peserta juga ditunjukkan cara-cara secara praktikal tugasan atau pengurusan pengeposan yang perlu dilakukan kelak.

 

Gambar Disini