Tarikh  :   12 Mei 2018
Masa :   9.00 pagi - 5.30 Petang
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   30-40 Orang 

 

Tujuan

Program Temuduga Terbuka ini adalah program kerjasama antara pihak PI Pekan Rumbia dan Pihak Kolej Syuen yang bertujuan untuk mencari pelajar baru bagi pengambilan sesi 2018. Program ini dibuka untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Diploma. Kolej Syuen menawarkan beberapa kursus antaranya ialah Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Pengurusan Penguatkuasaan dan juga Pengurusan Hotel.

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat oleh pihak Kolej Syuen tentang latar belakang Kolej Syuen dan syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan pelajar sesi 2018. Selepas itu, peserta diminta untuk melengkapkan maklumat peribadi dan maklumat pendidikan (SPM) dan sesi temuduga bagi peserta yang layak.

 

Gambar Disini