Nama    :  Fawziah Binti Shaharuddin
Umur    :  29 Tahun 
Ahli     :

2017

 

Latar Belakang

Puan Fawziah ialah seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan Aiskrim Malaysia di Rembia dan menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga menerima tempahan untuk acara/majlis antaranya majlis perkahwinan dan sebagainya. Selain itu juga, beliau menjalankan perniagaan ini di rumah beliau sendiri  dan pembeli boleh datang terus ke rumah beliau atau pun boleh menempah aiskrim tersebut secara atas talian/whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Fawziah menggunakan kaedah konvensional seperti hebahan mulut-ke-mulut dan flyers untuk membuat promosi jualan/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Ini mengambil masa dan tiada komunikasi 2 hala yang lebih pantas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fawziah datang ke PI untuk menguruskan media sosial masing-masing dan kebiasaanya mereka mencetak iklan/promosi untuk setiap produk/perkhidmatan yang mereka tawarkan. Setelah mendapat tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi “MyShop” mereka boleh menggunakannya tanpa bantuan petugas.