Nama    :  Luqman Danial Bin Zaidi
Umur    :  12 Tahun 
Ahli     : 2017

Latar belakang

Pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Rumbia ini merupakan anak sulung dari 3 beradik. Semenjak berpindah ke Melaka beliau mendaftar sebagai ahli di PI Pekan Rumbia dan mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang dianjurkan di pusat ini. Beliau merupakan anak kepada usahawan, Puan Siti Alilah yang mana beliau sering membantu ibunya untuk mencetak iklan atau “flyers” setiap produk jualannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Luqman tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Malah ditempat tinggalnya terdahulu tiada kemudahan Pusat Internet mahupun ‘CyberCafe” untuk beliau belajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dan Bengkel khusus yang dijalankan, Luqman dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word. Ini kerana beliau perlu mahir menggunakan perisian tersebut untuk membuat pelbagai folio dan tugasan yang perlu dihantar kepada guru sekolah terutama di dalam Frog VLE.