Nama    :  Nor Hafizah binti Basir
Umur    :  26 Tahun 
Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Cik Nor Hafizah binti Basir merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan (UUM) dan Diploma Perakaunan (Polisas). Di samping mempunyai kerjaya sebagai Akauntan, beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara “online” bersama rakannya. Beliau menjual tudung bawal yang terdiri daripada pelbagai jenis dan corak dengan harga mampu milik terutamanya kepada golongan pelajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Cik Nor Hafizah menggunakan membuat promosi produk jualan mereka didalam media sosial yang sedia ada. Sesekali mereka akan membuat “flyers” untuk membuat hebahan dengan menggunakan kemudahan pencetakan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain mengemaskini akaun media sosial sedia ada, mereka yang telah diperkenalkan kepada MyShop oleh petugas PI akan datang untuk memasukkan produk-produk terkini mereka. Dengan adanya MyShop, usahawan dapat melebarkan lagi platform jualan di dalam aplikasi tersebut malah setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.