Nama    :  Siti Alilah Binti Ali Shanan
Umur    :  26 Tahun 
Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Puan Siti Alilah binti Ali Shanan merupakan seorang  surirumah lulusan Kolej Integrasi Ilmu Kini Mempaga yang menjalankan perniagaan Rempeyek Warisan Ibu Milah, Aiskrim Malaysia dan pelbagai barangan dropship untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga menerima tempahan untuk sebarang acara/majlis/perayaan antaranya majlis perkahwinan dan sebagainya. Selain itu juga, beliau menjalankan perniagaan ini di rumah beliau sendiri  dan pembeli boleh datang terus ke rumah beliau atau pun boleh menempah aiskrim tersebut secara atas talian/whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Siti Alilah menggunakan membuat promosi produk jualan mereka didalam media sosial yang sedia ada. Sesekali mereka akan membuat “flyers” untuk membuat hebahan dengan menggunakan kemudahan pencetakan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain mengemaskini akaun media sosial sedia ada, mereka yang telah diperkenalkan kepada MyShop oleh petugas PI akan datang untuk memasukkan produk-produk terkini mereka. Dengan adanya MyShop, usahawan dapat melebarkan lagi platform jualan di dalam aplikasi tersebut malah setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.