Nama    :  Muhammad Nabil Shazwan Bin Abdullah
Umur    :  13 Tahun 
Ahli     : 2017

Latar belakang

Muhammad Nabil , 13 tahun seorang pelajar Tingkatan 1 Sek. Men. Keb. Paya Rumput, Melaka. Beliau dan rakan-rakanya sering ke PI Pekan Rumbia untuk membuat tugasan sekolah terutamanya dalam mencari maklumat di internet dan membuat tugasan di dalam VLE Frog. Beliau juga aktif mengikuti kursus/bengkel/kelas/pertandingan yang dijalankan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Nabil tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Selain itu, agak sukar untuk beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah yang memerlukan komputer dan internet untuk menyiapkannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dan Bengkel khusus yang dijalankan, Nabil dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word. Ini kerana beliau perlu mahir menggunakan perisian tersebut untuk membuat pelbagai folio dan tugasan yang perlu dihantar kepada guru sekolah terutama di dalam Frog VLE