Nama    :  Kamsiah Binti Md. Kassim
Umur    :  61 Tahun 
Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Puan Kamsiah Binti Md. Kassim merupakan seorang pengusaha dan pelatih kraftangan anyaman rotan. Produk kraftangan anyaman rotan ini telah di usahakan oleh Puan Kamsiah Md. Kassim bersama rakan-rakan (Persatuan Wanita Kg. Rantau Panjang) sejak dari tahun 2000. Pelbagai anugerah dan program yang telah dijalankan di bawah bimbingan pihak RISDA dan KKLW

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Kamsiah dan menggunakan kaedah konvensional seperti hebahan mulut-ke-mulut dan flyers untuk membuat promosi jualan/perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, Puan Kamsiah telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana beliau boleh melebarkan lagi platform jualannya selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.