Nama    :  Muhammad Hishamudin Bin Abu Samah
Umur    :  41 Tahun 
Ahli     : 2015

 

Latar Belakang

Muhd Hishamudin B. Abu Samah merupakan seorang pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Beliau bekerja sebagai seorang jurujual kereta di sebuah syarikat swasta yang bertempat di Tampin. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kacang goreng sambal untuk menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, En Hishamudin dan menggunakan kaedah konvensional seperti hebahan mulut-ke-mulut dan flyers untuk membuat promosi jualan/perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, En. Hishamudin telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana beliau boleh melebarkan lagi platform jualannya selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.