Nama    :  Abdul Mutalib Bin Mohd Alias
Umur    :  12 Tahun 
Ahli     : 2015

Latar belakang

Mutalib merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Rembia. Beliau bersama adik-beradiknya yang lain merupakan ahli terawal yang mendaftar di Pusat Internet Pekan Rumbia dan rajin mengikuti kelas dan program yang dianjurkan disini. Beliau berjaya membuat semua folio tanpa bantuan dan menghantar tugasan melalui Frog VLE dan berjaya memperolehi 3A di dalam UPSR yang lepas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Mutalib tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dan Bengkel khusus yang dijalankan, Mutalib dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word. Ini kerana beliau perlu mahir menggunakan perisian tersebut untuk membuat pelbagai folio dan tugasan yang perlu dihantar kepada guru sekolah terutama di dalam Frog VLE. Selain daripada itu, beliau dan kawan-kawannya membuat ulangkaji pelajaran di sini.