Nama    :  Abdul Bari Bin Ahmad Bashiruddin
Umur    :  34 Tahun 
Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Encik Abdul Bari merupakan pemilik kepada Resort Agrofarmstay at Skill-Tech yang diwarisi oleh ayahnya. Berkonsepkan konsep pertanian dan inap desa, Resort ini menyediakan bukan sahaja penginapan, malah pelbagai perkhidmatan lain yg turut disediakan seperti untuk mengadakan pelbagai acara, “team-building”, mini zoo dan lain-lain dengan fasiliti yang terbaik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Bari menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan beliau. Beliau juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu beliau menghasilkan video dari pasukan “Menarik di Alor Gajah” dan juga “Malaysia ICT Volunteer (MIV)”. Penghasilan video ini menarik minat lebih ramai pelanggan untuk melihat sendiri perkhidmatan yang ditawarkan.