Nama    :  Mohd Shukor Bin Ahmad
Umur    :  39 Tahun 
Ahli     : 2018

Latar Belakang

Encik Mohd. Shukor bin Ahmad merupakan seorang usahawan cendawan tiram kelabu yang dihasilkan di ladangnya di Kg. Gadek, Alor Gajah, Melaka. Mohd. Syukor yang juga memiliki Ijazah Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memulakan tanaman cendawan kecil-kecilan bermula pada tahun 2008 dan kini telah berjaya meluaskan tanamannya 3000kg cendawan sebulan dan berjaya memenangi Anugerah Jaya RBC. Selain daripada penghasilan cendawan, beliau turut memberikan tunjuk ajar dengan mengadakan Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu kepada bakal usahawan/sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini disamping menjana pendapatan sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Shukor menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan beliau. Beliau juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu beliau menghasilkan video dari pasukan “Menarik di Alor Gajah” dan juga “Malaysia ICT Volunteer (MIV)”. Penghasilan video ini menarik minat lebih ramai pelanggan untuk melihat sendiri perkhidmatan yang ditawarkan.