Nama    :  Muhd Irfan Bin Hasfauzilah
Umur    :  16 Tahun 
Ahli     : 2016

Latar Belakang

Adik Muhammad Irfan bin Hasfauzilah berusia 16 tahun merupakan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Beliau dan adik-beradiknya adalah pelajar mingguan kelas ICT di PI Pekan Rumbia dan aktif dalam setiap program yang dijalankan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Muhammad Irfan tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas mingguan di PI Pekan Rumbia, Irfan dapat mempelajari dan mengetahui cara menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul. Beliau dapat membuat semua folio dengan mudah, mencari maklumat dengan cepat dan boleh terus mencetak tanpa perlu pergi ke Pekan Alor Gajah. Selain daripada kelas pembelajaran, di PI juga beliau bersama adik-adik dan rakan-rakannya mengikuti kuiz dan program lain/bengkel selain daripada ICT.