Nama    :  Zulkifli Bin Mohamad
Umur    :  46 Tahun 
Ahli     : 2015

Latar Belakang

Encik Zulkifli Mohamad ialah seorang pengguna yang aktif dan selalu menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Rumbia serta selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau juga mempunyai syarikat sendiri yang menjalankan kerja-kerja pest control dan nama syarikat tersebut ialah Nadwah Enterprise Sdn. Bhd. Selain itu juga, beliau juga mengusahakan Abi Waqqas Archery iaitu perkhidmatan latihan memanah, sewa alatan memanah, latihan memanah ke sekolah dan membekal serta menjual peralatan busur tradisional.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Zulkifli menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, mereka telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana mereka boleh melebarkan lagi platform jualan mereka selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.