Nama    :  Rozalia Binti Bohari
Umur    :  29 Tahun 
Ahli     : 2016

Latar Belakang

Cik Rozalia Binti Bohari merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta di Melaka. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Pekan Rumbia. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan secara Online dengan menjual produk makanan berasakan kesihatan iaitu Overnight Yogurt Oatmeal untuk mendapatkan dan menambahkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Cik Rozalia menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, mereka telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana mereka boleh melebarkan lagi platform jualan mereka selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.