Nama    :  Naageswary A/P C.Nadarajan
Umur    :  13 Tahun 
Ahli     : 2016

Latar Belakang

Naageswary merupakan pelajar dari SJKT Rumbia dan telah menjadi ahli di Pusat Internet Pekan Rumbia semenjak tahun 2016. Beliau bersama rakan-rakan dari sekolah yang sama rajin mengikuti kelas komputer (mingguan) yang dijalankan disini. Beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, Frog VLE dan lain-lain. Beliau turut mengikuti bengkel lain yang dijalankan seperti Bengkel Asas Robotik, Word Creative dan kuiz-kuiz/aktiviti lain yang dijalankan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Naageswary tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas mingguan di PI Pekan Rumbia, Naageswary dapat mempelajari dan mengetahui cara menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul. Beliau dapat membuat semua kerja sekolah dengan mudah, mencari maklumat dengan cepat dan boleh terus mencetak tanpa perlu pergi ke Pekan Alor Gajah. Selain daripada kelas pembelajaran, di PI juga beliau bersama rakan-rakannya mengikuti kuiz dan program lain/bengkel selain daripada ICT.