Nama    :  Nur Aqilah Syamimi Binti Zulkifli
Umur    :  19 Tahun 
Ahli     : 2015

Latar Belakang

Nur Aqilah Syamimi Binti Zulkifli ialah seorang pelajar Politeknik Melaka  dan pengguna terawal mendaftar sebagai ahli yang selalu menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Rumbia serta selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau mempunyai butik pakaian/aksesori muslimah dan barangan kecantikan - Umieana Signature, pelajar Politeknik Melaka ini memulakan perniagaan bersama rakan ibunya. Butik beliau menjual pelbagai jenis baju kurung untuk ibu dan anak, tudung/"shawl",hand-socks dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Nur Aqilah Syamimi menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, mereka telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana mereka boleh melebarkan lagi platform jualan mereka selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.