Nama    :  Zulhadi Bin Ariffin
Umur    :  38 Tahun 
Ahli     : 2017

Latar Belakang

Encik Zulhadi Bin Ariffin merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta di Melaka dan juga Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Rumbia . Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Pekan Rumbia. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan menjual Jus Durian Belanda dan isi asli buah durian belanda untuk menambahkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, En Zulhadi menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI, mereka telah diperkenalkan dengan satu aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) di mana mereka boleh melebarkan lagi platform jualan mereka selain dari media sosial yang sedia ada. Selain itu, dengan adanya MyShop, setiap produk usahawan akan dipaparkan di dalam “Facebook Page” Pusat Internet Pekan Rumbia, Menarik Di Alor Gajah dan juga portal rasmi PI Pekan Rumbia.