Nama    :  Ida Sabrina Binti Abdullah
Umur    :  34 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Ida merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan bakeri/homade bakery di rumahnya di Taman Kelemak. Menyediakan pelbagai jenis pilihan brownies, kek, dan manisan berbentuk cenderahati. Beliau juga mengambil tempahan untuk mana-mana majlis keraian dan juga tempahan pelbagai jenis kuih raya ketika musim perayaan. Beliau juga akan menghantar sendiri tempahan kepada pelanggannya dan caj penghantaran adalah mengikut jarak dari kediaman beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Ida dan Puan Hafida  menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.