Nama    :  Nor Hafida Binti Mohd
Umur    :  37 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Hafida merupakan usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak secara runcit dan juga borong. Ramai pemborong yang mengambil pakaian daripada kedai fizikal beliau yang terletak di Taman Perindustrian Rembia. Pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan bayi yang dijual dengan harga yang berpatutan disamping membantu individu lain yang berminat untuk menjadi agen ByRara

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Hafida  menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.