Nama    :  Muhammad Effizul Haziq bin Nahar
Umur    :  25 Tahun 
Ahli     : 2017

Latar Belakang

Encik Effizul atau lebih dikenali sebagai Ustaz Effizul merupakan seorang tenaga pengajar di Madrasah Salija, Rembia dan juga graduan Diploma Usulludin dari KUIM. Beliau juga berperanan sebagai penceramah motivasi seperti Kem Ibadah Solat ketika cuti persekolahan yang diadakan di surau/masjid di sekitar Rembia. Selain daripada itu, Encik Effizul adalah ahli PI yang aktif dan merupakan KOSPEN Pekan Rumbia yang membantu setiap kali acara/program tahunan diadakan. Di usia yang masih muda, beliau menjana pendapatan sampingan dengan menjual kambing perap dan sos perapan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Effizul dan menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.