Nama    :  Zul bin Mat Yusof
Umur    :  53 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Encik Zul merupakan seorang DJ yang juga mempunyai perniagaan catering/sewaan dewan perkahwinan/majlis di Paya Rumput, Melaka. Beliau selalu memberi kerjasama dan memberi khidmat sebagai DJ di setiap program anjuran PI Pekan Rumbia pada tahun ini. Merupakan anak jati rembia, beliau mengusahakan perniagaan catering bersama keluarganya dan kini mempunyai sebuah dewan sewaan untuk digunakan sebagai majlis perkahwinan/majlis graduasi dan lain-lain lagi. Menawarkan pelbagai khidmat kahwin dan katering untuk pasaran Melaka bermula dari RM7.90/pax kanopi, peralatan dewan, dekorasi & audio sistem untuk kemudahan para pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Zul menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Beliau juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.