Nama    :  Nor Farah Natasha Binti Shariman
Umur    :  14 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Farah Natasha merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Dato’ Dol Said, Melaka. Beliau bersama adiknya mendaftar keahlian pada awal tahun 2019. Mereka merupakan pelajar Kelas Mingguan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Farah tidak mempunyai ilmu asas pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dijalankan, Farah dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word dan Powerpoint. Setiap tugasan yang diberikan dapat dibuat dengan baik dan turut membantu pelajar yang lain. Beliau juga rajin mengikuti setiap acara anjuran Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Program Lestari ICT dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyertai setiap pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mengarang Artikel, Mencipta Poster dan lain-lain.