Nama    :  Nor Natrah Binti Othman
Umur    :  24 Tahun 
Ahli     : 2020

Latar Belakang

Cik Nur Natrah merupakan seorang pekerja di salah sebuah kilang perindustrian di kawasan Rembia, Alor Gajah Melaka. Beliau menjalankan perniagaan menjual jeruk mangga secara sambilan sebagai memenuhi minat untuk berniaga dan juga untuk menambahkan lagi pendapatannya. Selain itu, beliau juga sedia menerima tempahan untuk majlis keraian dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Cik Natrah menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.