Nama    :  Aaziz Bin Hashim
Umur    :  64 Tahun 
Ahli     : 2020

Latar Belakang

Encik Aaziz merupakan seorang bekas jurutera di salah sebuah syarikat swasta di Melaka. Beliau merupakan seorang pelanggan tetap Pusat Internet Pekan Rumbia yang sering menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PI Pekan Rumbia seperti melayari internet dan juga membuat cetakan untuk produk beliau. Beliau menjalankan perniagaan dengan menjual baja organik untuk buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menambahkan pendapatannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Aaziz menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.