Nama    :  Muhd Farish Aiman Bin Sham Izzani
Umur    :  11 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Muhd Farish Aiman berusia 11 tahun merupakan pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah, Melaka. Beliau adalah pelajar mingguan kelas ICT di PI Pekan Rumbia dan aktif dalam setiap program yang dijalankan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Muhd Farish tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas mingguan di PI Pekan Rumbia, Farish dapat mempelajari dan mengetahui cara menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul. Beliau dapat membuat semua folio dengan mudah, mencari maklumat dengan cepat dan boleh terus mencetak tanpa perlu pergi ke Pekan Alor Gajah. Selain daripada kelas pembelajaran, di PI juga beliau bersama rakan-rakannya mengikuti kuiz dan program lain/bengkel selain daripada ICT.