Nama    :  Suraidah binti Abdul Rahman
Umur    :  41 Tahun 
Ahli     : 2016

Latar Belakang

Puan Suraidah atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Sue merupakan seorang guru Tabika Perpaduan Bukit Rumbia. Beliau menjual tapai ubi dan juga daging pekasam sebagai menjana pendapatan tambahan. Sebagai seorang yang baru lagi berjinak di dalam perniagaan atas talian, beliau mempromosikan produk jualan di dalam Facebook peribadi, Whatsapp dan juga platform MyShop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Cikgu Sue menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaannya. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.