Nama    :  Norbaizura Binti Mohd Shariff
Umur    :  29 Tahun 
Ahli     : 2020

Latar Belakang

Puan Nor Baizura merupakan seorang bekas pekerja di salah sebuah kilang perindustrian di kawasan rembia dan menjadi agen bagi produk NZ Crunchies. Beliau menjalankan perniagaan dengan menjual produk viral NZ Crunchies iaitu kulit popia yang mempunyai pelbagai perisa dan juga Choco Jar untuk menjana pendapatan selain daripada membantu suaminya untuk menambahkan pendapatan keluarga. Beliau juga, sedia untuk menerima tempahan dan menghantar produk tersebut di sekitar Alor Gajah, Bandar Melaka dan caj penghantaran akan dikenakan mengikut jarak kawasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Nor Baizura menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaannya. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.