Nama    :  Muhammad Rafiq Bin Rosnizam
Umur    :  11 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Muhammad Rafiq merupakan pelajar Tahun 5 di SK Rumbia, Melaka. Beliau bersama kakaknya mendaftar keahlian pada awal tahun 2019 dan kerap menyertai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau juga merupakan pelajar Kelas Mingguan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Rafiq tidak mempunyai ilmu asas pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dan Bengkel khusus yang dijalankan, Rafiq dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word. Ini kerana beliau perlu mahir menggunakan perisian tersebut untuk membuat pelbagai folio dan tugasan yang perlu dihantar kepada guru sekolah. Beliau juga rajin mengikuti setiap acara anjuran Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Program Lestari ICT dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyertai setiap pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mengarang Artikel, Mencipta Poster dan lain-lain.