Nama    :  Norismah Binti Omar
Umur    :  33 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Norismah merupakan seorang surirumah dan merupakan salah seorang Malaysia ICT Volunteer (MIV) PI Pekan Rumbia yang aktif. Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan atas talian dengan membuat sendiri otak-otak untuk tempahan. Selain daripada itu beliau juga membuat bahulu pelbagai perasa seperti bahulu tradisional, bahulu coklat dan bahulu cip coklat yang mendapat sambutan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Isma menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti Shopee dan MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.