Nama    :  Sa'arah binti Mohd Taib
Umur    :  36 Tahun 
Ahli     : 2020

Latar Belakang

Puan Sa’arah merupakan seorang graduan UTEM dan surirumah yang menjalankan perniagaan dari rumah. Beliau menjual tauhu begedil dan pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih talam untuk tempahan sebarang majlis/keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Sa'arah menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti Shopee dan MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.