Nama    :  Aisyah Humaira Binti Rosnizam
Umur    :  13 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Aisyah Humaira merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMK Dato’ Dol Said, Melaka. Beliau bersama adiknya mendaftar keahlian pada awal tahun 2019 dan pelajar mingguan kelas ICT di PIK Pekan Rumbia dan aktif dalam setiap program yang dijalankan di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PIK Pekan Rumbia, Humaira tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas mingguan di PIK Pekan Rumbia, Humaira dapat mempelajari dan mengetahui cara menggunakan komputer dan internet dengan cara yang betul. Beliau dapat membuat semua folio dengan mudah, mencari maklumat dengan cepat dan boleh terus mencetak tanpa perlu pergi ke Pekan Alor Gajah. Selain itu, beliau juga rajin mengikuti setiap acara anjuran Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Program Lestari ICT dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyertai setiap pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mengarang Artikel, Mencipta Poster dan lain-lain.