Nama    :  Ahmad Sallehudin Bin Sabtu
Umur    :  39 Tahun 
Ahli     : 2015

Latar Belakang

Encik Sallehudin merupakan seorang pengusaha Perniagaan Katering dan Tender Kantin/Dewan Asrama Sekolah di Melaka. Perniagaan tersebut diusahakan bersama isteri dan keluarganya. Selain itu, beliau juga aktif dalam menjual produk makanan tambahan kesihatan (weight loss) secara dalam talian untuk menambahkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Sallehudin menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti Shopee dan MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.