Nama    :  Marlis Darina Binti M.Zaidi
Umur    :  12 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Marlis Darina merupakan pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rumbia, Melaka. Beliau bersama ibubapa dan adik-beradiknya yang telah mendaftar keahlian pada awal tahun 2019. Beliau rajin dan sering menghadiri kelas, program dan pertandingan yang dijalankan di PIK Pekan Rumbia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Marlis tidak mempunyai ilmu asas pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dijalankan, Marlis dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word untuk membuat folio atau tugasan sekolah. Beliau juga rajin mengikuti setiap acara anjuran Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Program Lestari ICT dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyertai setiap pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mengarang Artikel, Mencipta Poster, Pertandingan Video Merdeka dan Pertandingan Video Kreatif 2021.