Nama    :  Marini Binti Md. Sim
Umur    :  41 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Marini merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Kesemua anak-anak beliau merupakan ahli PIK dan merupakan pelajar tetap Kelas Mingguan di PIK. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuat kuih tart,suji dan kuih raya dari rumah untuk menjana pendapatan ketika negara dilanda pandemic Covid-19. Kini beliau semakin aktif mendapat tempahan dari komuniti sekitar terutamanya menjelang musim perayaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Marini menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.