Nama    :  Kharyati binti Hassan
Umur    :  40 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Kharyati merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan secara online produk kecantikan/kesihatan dan makanan seperti Salted Egg Paste. Beliau menawarkan khidmat COD di sekitar Melaka dan pengeposan untuk pelanggan yang membeli sebarang produk. Selain daripada itu, beliau turut menjual tauhu begedil dan kuih-muih sarapan di gerainya di kaki lima penjual Pekan Rumbia. Beliau menggunakan PIK sebagai tempat untuk mempromosi jualan di dalam media social dan menggunakan khidmat pencetakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Kharyati menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Selain itu, sebelum melibatkan diri dalam program di PI Pekan Rumbia, beliau tidak tahu akan wujudnya platform jualan lain seperti MyShop. Beliau sudah mahir menggunakan komputer, cuma peluang2 perniagaan datang lebih banyak dengan menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.