Nama    :  Muhammad Hafizzul Bin Yusnizal
Umur    :  13 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Muhammad Hafizzul merupakan pelajar Tingkatan 1 yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Beliau bersama ibubapa dan adiknya yang telah mendaftar keahlian pada awal tahun 2019. Beliau rajin dan sering menghadiri kelas mingguan, program dan pertandingan yang dijalankan di NADI Pekan Rumbia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum adanya NADI Pekan Rumbia, Hafizzul tidak mempunyai ilmu asas pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dijalankan, Hafizzul dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word untuk membuat folio atau tugasan sekolah. Selain aktif mengikuti kelas mingguan yang dijalankan, Hafizzul juga sering menyertai pertandingan dan program anjuran NADI. Beliau juga pernah mewakili Melaka dalam Karnival STEM yang dipelajari di NADI.