> Golongan belia remaja
Rata-rata kumpulan ini masih di bangku sekolah. Antara beberapa perkara yang perlu ditekankan pada kumpulan ini adalah mendidik nilai, memupuk jati diri, di samping mendedahkan mereka dengan senario yang berubah dan impaknya ke atas mereka. Remaja yang mengalami krisis dan konflik identiti perlu dibimbing menerusi Program Rakan Sebaya atau menjinakkan mereka dengan kaunseling remaja.
> Golongan belia institusi pengajian tinggi atau penuntut (18 hingga 25 tahun)
Golongan ini terdiri daripada penuntut yang berada di institusi pengajian tinggi dan lepasan sekolah menengah. Mereka mula memasuki alam lebih bebas daripada kawalan ibu bapa mahupun peraturan sekolah. Pada peringkat ini, mereka perlu ditekankan dengan moral yang tinggi dan memupuk hubungan sihat apabila bergaul.
> Golongan belia awal pekerjaan (18 hingga 23 tahun)
Golongan ini perlu didedahkan dengan pelbagai peluang memajukan diri dalam bidang yang mereka ceburi. Galakan belajar dan menimba pengalaman perlu diutamakan. Di samping itu, program yang dapat meningkatkan kesedaran sosial yang sihat perlu diusahakan dan dilaksanakan.
> Golongan belia industri (20 hingga 30 tahun)
Golongan ini perlu diberi peluang meningkatkan diri dalam hal yang berkait dengan keperluan kemahiran bekerja dan membangunkan insan. Gerakan dan usaha memulihkan imej pekerja industri perlu diutamakan dengan meletakkan mereka pada posisi yang lebih baik daripada segi nama dan kehidupan sosial mereka.
> Golongan belia veteran (30 hingga 40 tahun)
Biasanya golongan ini sudah berumah tangga dan lebih menumpukan pada usaha mengukuhkan pendapatan keluarga serta mendidik anak-anak. Mereka ini lebih matang dan ada tanggungjawab yang lebih tinggi pada keluarga. Program membangunkan golongan ini perlu ditumpukan pada usaha meningkatkan kualiti hidup serta mengukuhkan institusi keluarga.
(sumber dari google)
VISI
BELIA
Melahirkan masyarakat belia yang produktif, progresif dan dinamik yang boleh menyumbang kepada pembentukan Negara bangsa yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020
SUKAN
Membentuk Negara bersukan di mana segenap lapisan masyarakat bukan sahaja mencintai sukan, tetapi juga aktif bersukan seterusnya cemerlang di dalam sukan sehingga ke peringkat tertinggi.
MISI
Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu melalui program Pembangunan Belia dan Sukan yang strategik.
OBJEKTIF
Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan Negara.