JEMPUTAN KE JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA BERSEMPENA SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO (SMIX) 2023

Untuk makluman pihak tuan/puan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melancarkan satu inisiatif dikenali sebagai Jelajah Saya Digital. Jelajah Saya Digital diwujudkan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan inisiatif dan peluang yang ada dalam dunia digital yang semakin berkembang ini.

Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan,
EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka.

Sehubungan itu, pihak MDEC berbesar hati ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menghadiri program ini seperti ketetapan berikut:

*Jelajah Saya Digital @ Melaka*

🗓Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)
⏰Masa : 9.00 Pagi – 5:00 Petang
📍Tempat : Auditorium, Aras 1, MITC

Sarapan dan makan tengah hari disediakan kepada semua peserta dan penyertaan adalah *PERCUMA*

Kehadiran tuan/puan amat kami alu alukan.

Untuk daftar penyertaan boleh klik link di bawah 👇🏼

https://bit.ly/JSDMelaka