Jom sertai Pertandingan Usahawan Baru Online Pusat Internet

Syarat-syarat pertandingan :

=====================
- Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
- Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
- Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan
- Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan      ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.

Untuk keterangan lanjut, boleh hadir atau sila berhubung dengan petugas PI Pekan Rumbia.

kekaltenang mcmc

Kekal tenang dan sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bersama-sama kita amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian untuk putuskan rangkaian penularan COVID-19.
#kitajagakita 

KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah.
Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19.

  

myfreeview myfreeview1

Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma adalah digesa untuk mendaftar segera sebelum 31 Mei 2020 di portal www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.

Inisiatif pemberian dekoder tambahan myFreeview secara percuma kepada mereka yang layak ini adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses informasi secara mudah dan berkualiti melalui penyiaran TV digital.

Sila semak kelayakan anda sekarang!