Program "KAMPUNG By GDEX" ini adalah program usahasama diantara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM), GD Express Sdn Bhd (GDEX) dan juga Pusat Internet (PI) bertujuan untuk mempromosi dan merangsang aktiviti e-dagang di kawasan luar bandar. Secara dasarnya, program ini membantu memudahkan penduduk atau komuniti yang menjalankan perniagaan atau industri kecil dan sederhana dari segi urusan logistik, dimana kami menawarkan perkhidmatan penghantaran secara cepat, termasuk menyediakan sampuk produk khas, "KAMPUNG By GDEX" yang hanya boleh di dapati di Pusat Internet (PI) sahaja. PI terpilih telah dilantik untuk menjadi Pusat Jualan GDEX ataupun "GDEX Reseller Agency". Ini bermakna PI adalah Ejen Kurier Luar Bandar GDEX. Terdapat 6 PI terpilih untuk perkhidmatan ini adalah seperti berikut :-

    •  1.  PI Pekan Rumbia, Rembia
       2.  PI Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah
       3.  PI Taman Murai Jaya, Durian Tunggal
       4.  PI Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam
       5.  PI Taman Seri Lubuk Redan, Masjid Tanah
       6.  PI Taman Bandar Baru, Masjid Tanah