Pusat Internet Pekan Rumbia telah menjalankan beberapa aktiviti ataupun kelas pembelajaran kepada komuniti setempat yang berjalan sepanjang bulan Mei 2016 yang lepas. Terdapat pelbagai golongan yang terlibat dengan kelas pembelajaran ini antaranya ialah, golongan kanak-kanak(pelajar tabika), pelajar sek. rendah/menengah dan juga warga emas.

 

 DSCN0493 DSCN0495

DSCN0497 DSCN0496

Kelas pembelajaran untuk golongan warga emas ini dijalankan bertujuan supaya golongan ini dapat mempelajari asas komputer dan mengetahui fungsi serta menggunakan komputer tersebut. Objektifnya ialah, golongan ini perlu setaraf dengan peredaran zaman teknologi masa kini dan setaraf dengan golongan-golongan muda remaja yang lebih mahir menggunakan komputer. 

  

Pada Bulan April 2016 yang lepas, Pusat Internet Pekan Rumbia telah menjalankan beberapa kelas pembelajaran yang melibatkan golongan warga emas, pelajar tabika, pelajar sek. rendah dan juga sek. menengah. Kelas pembelajaran tersebut merangkumi pelbagai modul, antaranya ialah, pengenalan kepada komputer, E-Pembelajaran dan sebagainya.

 

   

      DSCN0442                                                                                

Kelas E-Pembelajaran kepada pelajar-pelajar Tabika Perpaduan Pekan Rumbia. Pelajar-pelajar tabika ini didedahkan dengan pengenalan kepada komputer dan belajar mengenal ABC secara online.

Tarikh : 23 - 24 Mac 2016

Masa  : 10.00 am