Tarikh  :   16 Ogos 2018
Masa :   8.30 pagi - 11.30 Pagi
Tempat :   SK Belimbing Dalam 
Peserta :   80 Orang 

Tujuan 

Memperkenalkan portal Sebenarnya.my, Klik Dengan Bijak, Online Grooming, Cyber Bully dan Cyber Stalking kepada para pelajar. Ia dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai etika, panduan dan aduan ketika berada di atas talian.

Aktiviti

penerangan secara teori diberikan dan diselangi dengan tayangan video mengenai topik yang diterangkan. Peserta akan di berikan soalan kuiz untuk memastikan apa yang disampaikan oleh petugas difahami dengan baik oleh mereka.

Gambar di sini


Tarikh  :   14 Julai 2018
Masa :   9.30 pagi - 11.30 Pagi
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   7 Orang 

 

Tujuan 

Memberi taklimat untuk menjana pendapatan melalui program MDEC E-Rezeki.

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat oleh tenaga pengajar Pn. Saidatul Akma dan Pn. Aisyah dari PI Taman Lendu Bakti dan cara untuk menjana pendapatan melalui saluran digital.

 

Gambar di sini


Tarikh  :   25 Jun 2018
Masa :   10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   5 Orang 

 

Tujuan

Memberi taklimat tentang Aplikasi Dahboard Komuniti kepada peserta dan cara untuk memuat turun serta menggunakan aplikasi tersebut. 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat tentang cara untuk memuat turun aplikasi serta fungsi bagi setiap modul yang terdapat dalam Aplikasi Dashboard Komuniti. Selain itu peserta juga diajar cara - cara untuk menyertai pertandingan Dashboard Komuniti yang terdapat dalam aplikasi tersebut.

 

Gambar Disini


Tarikh  :   14 Julai 2018
Masa :   9.00 pagi - 1.00 Tengahari
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   77 Orang 

 

Tujuan

Mempromosikan kepelbagaian fungsi Pusat Internet, taklimat  dan cara muat turun/penggunaan Dashboard Komuniti, taklimat Klik Dengan Bijak/Sebenarnya.my, Kempen “Mobile E-Waste”, Taklimat E-Rezeki dan lain-lain lagi dengan kerjasama agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji Masjid Tanah, Kospen Kg Taboh Naning, Tadika Perpaduan dan lain-lain lagi.

Aktiviti

- Taklimat Dashboard Komuniti

- Taklimat E-Rezeki

- Taklimat KDB/Portal Sebenarnya.my

- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

- Kempen Mobile E-Waste

- Kuiz Dahsboard/KDB

- Pemeriksaan Kesihatan MyHealth

- Pemeriksaan Tekanan Darah Dan Gula Dalam Darah Kospen

- Kaunter Tabung Haji

- Cabutan Bertuah

 

Gambar Di sini


Tarikh  :   12 Mei 2018
Masa :   9.00 pagi - 5.30 Petang
Tempat :   PI Pekan Rumbia  
Peserta :   30-40 Orang 

 

Tujuan

Program Temuduga Terbuka ini adalah program kerjasama antara pihak PI Pekan Rumbia dan Pihak Kolej Syuen yang bertujuan untuk mencari pelajar baru bagi pengambilan sesi 2018. Program ini dibuka untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Diploma. Kolej Syuen menawarkan beberapa kursus antaranya ialah Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Pengurusan Penguatkuasaan dan juga Pengurusan Hotel.

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat oleh pihak Kolej Syuen tentang latar belakang Kolej Syuen dan syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan pelajar sesi 2018. Selepas itu, peserta diminta untuk melengkapkan maklumat peribadi dan maklumat pendidikan (SPM) dan sesi temuduga bagi peserta yang layak.

 

Gambar Disini