JEMPUTAN KE JELAJAH SAYA DIGITAL @ MELAKA BERSEMPENA SMART MELAKA INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPO (SMIX) 2023

Untuk makluman pihak tuan/puan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melancarkan satu inisiatif dikenali sebagai Jelajah Saya Digital. Jelajah Saya Digital diwujudkan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan inisiatif dan peluang yang ada dalam dunia digital yang semakin berkembang ini.

Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan,
EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka.

Sehubungan itu, pihak MDEC berbesar hati ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menghadiri program ini seperti ketetapan berikut:

*Jelajah Saya Digital @ Melaka*

🗓Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)
⏰Masa : 9.00 Pagi – 5:00 Petang
📍Tempat : Auditorium, Aras 1, MITC

Sarapan dan makan tengah hari disediakan kepada semua peserta dan penyertaan adalah *PERCUMA*

Kehadiran tuan/puan amat kami alu alukan.

Untuk daftar penyertaan boleh klik link di bawah 👇🏼

https://bit.ly/JSDMelaka

JOM SERTAI PROGRAM SEEDLAB
 
Permohonan untuk menyertai SEED.Lab telah dibuka!!!!!
Untuk makluman semua, SEEDLAB merupakan program inkubasi selama 12 bulan yang dilancarkan oleh PETRONAS & TCS dan hanya 50 peserta akan dipilih untuk menyertai program ini. Fokus utama diberikan kepada golongan belia untuk memberi peluang bagi mengatasi cabaran sosial dan melancarkan usaha niaga yang memberi kesan kepada kehidupan secara berskala.
 
Antara kelebihan selama mengikuti program ini, adalah ;
📌 Elaun bulanan sebanyak RM 2 200 sepanjang 12 bulan program
📌 Geran sehingga RM 50 000 untuk membangun, membina dan menguji prototaip produk mereka.
 
Maklumat lanjut ada di poster tertera atau layari :
Imbas QR Code untuk mendaftar atau layari :

Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama  ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah dan mengandungi 3 buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66, 302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.

Antara salah satu mukim ialah mukim Rembia. Rembia adalah sebuah kampung tradisional yang terletak 8 km dari Bandar Alor Gajah dan 17 km dari Bandar Melaka. Kg Rembia berasal dari nama pokok rumbia yang satu ketika dahulu banyak terdapat di kawasan penempatan awal kampung ini. Kini Kg. Rembia terletak dalam DUN Rembia dan dalam Parlimen Alor Gajah. Ahli Parlimen Alor Gajah ialah YB Tuan Haji Adly Bin Zahari dan ADUN Rembia ialah YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis.

 

Ahli Parlimen Alor Gajah

 

YB Tuan Haji Adly Bin Zahari 

 

ADUN Rembia

YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis

Populasi Penduduk

1. Bilangan penduduk mengikut jantina : 

Lelaki   3343
 Perempuan  3212
 Jumlah  6555

 

2. Pecahan mengikut umur :

 Umur Jumlah 
 0 - 14 Tahun  1545
 15 - 64 Tahun  4538 
 65 dan keatas  472

 

3. Pecahan mengikut etnik :

Kaum   Jumlah 
 Melayu  4132
 Cina  1577
 India  807
 Lain-lain  39

 

Sumber : Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (pdtag.gov.my)